-->
Rodrigo pemusnah impian kemenangan pertama Lampard di UCL

Rodrigo pemusnah impian kemenangan pertama Lampard di UCL




Frank Lampard banyak meraikan malam gemilang di Liga Juara-Juara bersama Chelsea sebagai pemain tetapi tidak sebagai pengurus. Lampard mengakui satu gol yang dijaringkan itu dapat dielakkan daripada Rodrigo setelah 74 minit ketika pertahanan itu leka. Ross Barkley pula melepasakan peluang apabila gagal dalam sepakan penalti. Chelsea banyak mengawal permainan tetapi idea pemusnah di hadapan gawang kurang . Kumpulan H boleh menjadi laluan yang sukar.

Valencia, dalam keadaan kurang menyakinkan selepas Marcelino dipecat sebagai jurulatih minggu lalu.

Lampard menerapkan corak permainan menyerang. Sistem 3-4-3 mungkin terdedah kepada serangan balas cepat tetapi permainan build up play Valencia sering lambat dan membenarkan pasukan Chelsea pulang untuk bertahan. Valencia bermain secara possession hampir 20 minit sebelum mereka mula menunjukkan tanda-tanda inginkan kemenangan.

Baki 16 minit terakhir menjadi igauan buruk kepada Chelsea selepas rembatan Rodrigo ke gawang Chelsea gagal diselamatkan Kepa Arrizabalaga.

Chelsea berpeluang untuk berkongsi satu mata setelah pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea setelahh keputusan VAR mengesahkan bola terkena tangan pertahanan Valencia,Wass. Namun, peluang ini disia-siakan oleh Ross Barkley setelah gagal dalam sepakan penalti menjadikan dialah individu pertama yang bakal dikecam oleh fans setakat ini.

Keputusan penuh Chelsea 0-1 Valencia

0 Response to "Rodrigo pemusnah impian kemenangan pertama Lampard di UCL"

Post a Comment

Semudah ABC- Angel Di Maria

Angel Di Maria menghasilkan persembahan menarik dengan dua gol untuk membantu Paris Saint-German meraih kemenangan 3-0 ke atas...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel