-->
Bukan lagi budak belasahan, Syabas Malaysia!

Bukan lagi budak belasahan, Syabas Malaysia!



SKUAD Harimau Malaya hampir mencipta sensasi pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila nyaris memalukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

UAE yang berada di tangga ke-65 dunia, terpaksa bangk1t daripada ketinggalan selepas Malaysia yang menduduki ranking ke-159 memberi tentangan sengit sepanjang 90 minit aksi sebelum tewas 1-2.

Dalam aksi kedua kelayakan itu, Tan Cheng Hoe melakukan satu pertukaran dalam kesebelasan utama apabila menyenaraikan Mohamadou Sumareh di dalam kesebelasan utama bagi menggantikan Hadin Azman.

Sebaik tiupan wisel dibunyikan pengadil, Hiroyuki Kimura dari Jepun, pelawat dikejutkan dengan gol awal menerusi tandukan Syafiq Ahmad yang menerima hantaran lintang Matthew Davies.

Jaringan m1n1t pertama itu jelas menaikkan semangat pemain negara yang terus mendominasi permainan namun ketumpulan jentera depan sedikit mengecewakan.

UAE yang dibimbing antara jurulatih terbaik dunia, Bert van Marwijk yang membawa Belanda muncul naib juara Piala Dunia 2010, dilihat tertekan dengan persembahan pantas pemain tuan rumah.

Syafiq dan Norshahrul Idlan Talaha harus menyalahkan diri sendiri apabila percubaan masing-masing pada minit ke-14 dan 23 gagal menepati sasaran meskipun berpeluang menambah jaringan.

Namun, ketika aksi memasuki minit ke-43, benteng negara terperangkap dengan bola hantaran jauh pemain UAE yang meraih gol pertama hasil tandukan Ali Ahmed Mabkhout sekali gus memperdayakan ketua pasukan negara, Farizal Marlias.

Skuad negara terus mempamer aksi bertenaga pada babak kedua namun dengan kemasukan dua tonggak, J Partiban dan Syamer Kutty Abba yang menggantikan Norshahrul dan Sumareh kurang memberikan impak terhadap bahagian serangan skuad negara.

Skuad The Whites yang terdesak mahukan kemenangan turut membuat pertukaran memasukkan pemain terbaik Asia 2016, Omar Abdulrahman dan hasilnya pelawat meraih gol kedua hasil kesilapan benteng yang menyaksikan Mabkhout sekali lagi mencetak namanya selaku penjaring pada minit ke-75.

Malaysia seharusnya mengikat kedudukan tiga minit kemudian namun rembatan padu Safawi sekadar singgah di tiang ketika Khalid Eisa Bilal sudah pun tertewas.

Pemain terbaik bagi skuad Malaysia pilihan Admin adalah Brendan Gan. Anda bagaimana?

Tags : malaysia vs uae, indonesia vs thailand, malaysia vs uae live, live malaysia vs uae, uae, brendan gan, uae vs malaysia, omar abdulrahman, malaysia vs uae live streaming, malaysia uae, tv2, thailand vs indonesia, malaysia vs uae 2019, bola sepak malaysia, malaysia vs united arab emirates, syafiq ahmad, malaysia vs, jadual perlawanan malaysia, live streaming malaysia vs uae, tiket malaysia vs uae, kelayakan piala dunia, live bola malaysia vs uae, uae football, malaysia fc, malaysia lawan uae

1 Response to "Bukan lagi budak belasahan, Syabas Malaysia!"

Semudah ABC- Angel Di Maria

Angel Di Maria menghasilkan persembahan menarik dengan dua gol untuk membantu Paris Saint-German meraih kemenangan 3-0 ke atas...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel