Tuesday, April 5, 2011

80 Milion Untuk Dekati Bale!

Itulah kata-kata pengurus Tottenhan Hotspurs, Harry Redknapp, apabila khabar angin mengaitkan Gareth Bale dengan perpindahan ke Real Madrid.... Baru-baru ini Real Madrid dilaporkan berminat dengan pemain itu..



"Saya hanya akan menimbangkan harga yang setanding dengan harga pemain berkelas dunia seperti Cristiano Ronaldo sahaja kerana Bale merupakan aset penting bagi projek jangka panjang Tottenham Hotspurs"

Bale yang baru sahaja menyambung kontraknya selama 4 tahun telah berjaya mencuri tumpuan ramai pengurus di seluruh liga di dunia setelah berjaya menempatkan nama sebaris dengan bintang bolasepak yang lain serta telah banyak membantu Tottenham Hotspurs di kelayakkan Champions League.

Totenham Hotspurs akan menentang Real Madrid pada perlawanan Suku Akhir nanti...

Sunday, April 3, 2011

Gol Ala Rooney Dari Safee Sali

Safee Sali, bekas pemain Selangor yang telah berhijrah ke kelab Indonesia, Pelita Jaya F.C, makin diberi tumpuan... Semakin hari, semakin tajam penyudah yang ditunjukkan menjadikan beliau diantara pemain yang paling berbahaya setakat ini...



Gol cantik beliau yang dilakukan ketika perlawanan Pelita Jaya F.C menentang Persijap pada 3 April 2011, telah berjaya membuka mata ramai pihak yang sebelum ini banyak mengkritik beliau... Gol berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh rakan sepasukannya, Joko Sasongko, tepat ke arah Safee Sali yang tidak dikawal, lalu melepaskan sepakan gunting ala Wayne Rooney...

Keputusan penuh perlawanan itu berkesudahan 2-0 dimana kemenangan berpihak kepada Pelita Jaya F.C... Diharap Safee Sali dapat meneruskan rentaknya yang konsisten itu...

Jom lihat gol "ala Rooney" yang dilakukan oleh Safee Sali...


Friday, April 1, 2011

Peluang Spurs Cerah!

Jose Mourinho, jurulatih Real Madrid, telah mengeluarkan kenyataan bahawa 2 daripada pemain bintangnya iaitu Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo tidak akan sempat cergas pada perlawanan suku akhir Liga-Liga Juara Eropah menentang Tottenham Hotspurs...






Bercakap di sidang media menjelang perlawanan La Liga menentang Sporting Gijon, Mourinho berkata, mereka juga tidak akan bermain pada perlawanan itu, termasuklah seorang lagi pemain iaitu Marcelo...

Khabar ini ternyata merupakan berita gembira bagi pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp yang sedang pening memikirkan krisis kecederaan yang berlaku pada pasukannya di bahagian pertahanan.. Beliau mempunyai 2 orang sahaja pemain pertahanan yang tinggal untuk mempersiapkan pasukannya menghadapi Real Madrid...

Ronaldo yang kini sedang berjuang melawan kecederaan hamstring yang sedang dialaminya manakala Benzema pula sedang berhempas pulas untuk pulih dari kecederaan pangkal paha... Mourinho mengulas lanjut berkenaan kecederaan mereka...


"Saya harap mereka cepat pulih untuk menghadapi perlawanan-perlawanan yang akan datang"

"Kami Mampu Juara Pada Musim Ini"



Begitulah kata-kata yang menyakinkan dari Andrei Arshavin, bintang Arsenal setelah ditemubual...

Kedudukan liga setakat ini, Arsenal berada pada tangga kedua liga, ketinggalan 5 mata daripada Manchester United....

"Jadual kami tidaklah terlalu ketat sekarang ini... Jika kami memenangi semua perlawanan. sudah pasti kami berpeluang untuk memenangi liga musim ini"

Arsenal bakal meneruskan kempen liga dengan berhadapan dengan Blackburn Rovers, manakala Manchester United bakal berdepan dengan musuh yang pernah memalukannya dengan jaringan 4-0 iaitu West Ham United...  Arshavin sempat bergurau dengan berkata...

"Saya telah berjump[a dengan Avram Grant... Kami berbual dan saya meminta supaya West Ham dapat mencuri sedikit mata pertemuan tersebut minggu ini"

Thursday, March 31, 2011

Goalkeeper Pertama Jaringkan 100 Gol






Merupakan bekas penjaga gol Brazil dan sekarang ini bermain dengan club Sau Paulo F.C...  Beliau terkenal dengan sepakan freekick yang cukup cantik serta merupakan penjaga gol yang pertama yang diberikan kepercayaan untuk mengambil tendangan penalti... Hingga kini, belaia telah menjaringkan 100 gol selama berada dalam arena bola sepak ini... Jom kita lihat gol Rogerio Ceni yang ke-100...