-->
JDT masuk dalam game PES 2020!!

JDT masuk dalam game PES 2020!!


Seperti yang telah kami jangkakan dalam satu artikel sebelum ini, Johor Darul Ta’zim kini telah disahkan akan ditampilkan secara rasmi dalam game bola sepak akan datang dari Konami, eFootball PES 2020.

Konami telahpun mengeluarkan senarai lengkap kesemua pasukan yang akan dibawakan ke dalam PES 2020, sama ada yang rasmi ataupun kelab dengan nama rekaan. Di bawah penyenaraian kelab-kelab yang terlibat dalam AFC Champions League musim 2019, tersemat kemas nama Johor Darul Ta’zim.


Seperti yang penulis pernah katakan sebelum ini, JDT kini menjadi kelab Malaysia pertama dimasukkan secara rasmi ke dalam mana-mana game bola sepak AAA, sejak kali terakhir Liga Malaysia pernah ditampilkan dalam FIFA 98.

eFootball PES 2020 akan dilancarkan sepenuhnya pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Sila lihat gameplay eFootball PES 2020 di bawah:

Sumber: jomgaming

0 Response to "JDT masuk dalam game PES 2020!!"

Post a Comment

Semudah ABC- Angel Di Maria

Angel Di Maria menghasilkan persembahan menarik dengan dua gol untuk membantu Paris Saint-German meraih kemenangan 3-0 ke atas...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel