-->
Peluang Spurs Cerah!

Peluang Spurs Cerah!

Jose Mourinho, jurulatih Real Madrid, telah mengeluarkan kenyataan bahawa 2 daripada pemain bintangnya iaitu Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo tidak akan sempat cergas pada perlawanan suku akhir Liga-Liga Juara Eropah menentang Tottenham Hotspurs...






Bercakap di sidang media menjelang perlawanan La Liga menentang Sporting Gijon, Mourinho berkata, mereka juga tidak akan bermain pada perlawanan itu, termasuklah seorang lagi pemain iaitu Marcelo...

Khabar ini ternyata merupakan berita gembira bagi pengurus Tottenham Hotspurs, Harry Redknapp yang sedang pening memikirkan krisis kecederaan yang berlaku pada pasukannya di bahagian pertahanan.. Beliau mempunyai 2 orang sahaja pemain pertahanan yang tinggal untuk mempersiapkan pasukannya menghadapi Real Madrid...

Ronaldo yang kini sedang berjuang melawan kecederaan hamstring yang sedang dialaminya manakala Benzema pula sedang berhempas pulas untuk pulih dari kecederaan pangkal paha... Mourinho mengulas lanjut berkenaan kecederaan mereka...


"Saya harap mereka cepat pulih untuk menghadapi perlawanan-perlawanan yang akan datang"

0 Response to "Peluang Spurs Cerah!"

Post a Comment

Semudah ABC- Angel Di Maria

Angel Di Maria menghasilkan persembahan menarik dengan dua gol untuk membantu Paris Saint-German meraih kemenangan 3-0 ke atas...

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel