
Pengalaman Mat Yo ditagih berdepan Indonesia
Baca Juga
Cheng Hoe mengakui kelebihan dimiliki penyerang Pahang berusia 33 tahun itu atau turut dikenali sebagai Mat Yo mampu membantu pemain muda negara untuk menyerap tekanan yang bakal diberikan puluhan ribu penyokong skuad Garuda.
“Skuad 2010 dan 2019 sangat berbeza dan hanya tinggal Mat Yo (Norshahrul) seorang sahaja kini.
Cheng Hoe, bagaimanapun menjelaskan tanggungjawab meraih tiga mata berharga tidak terletak pada bahu Norshahrul seorang sahaja, sebaliknya seluruh barisan pemain negara.
Pengendali berusia 51 tahun itu menuntut setiap pemain bakal diturunkan pada perlawanan esok menampilkan semangat juang tinggi selain menggunakan pendekatan bermain secara berpasukan sebagai kunci utama untuk meraih kemenangan.
“Bukan kita nak letak tekanan terhadap beliau (Norshahrul), tetapi sebagai satu pasukan kita perlu saling memberi sokongan dan pada masa sama saya optimis kita mampu bermain sebagai satu pasukan dengan semangat yang tinggi,” jelas bekas ketua jurulatih Kedah itu.
Sebagai rekod, Malaysia menewaskan Indonesia pada final Piala AFF 2010 dengan agregat 4-2 selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum tumpas 1-2 di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir kedua.
Kedua-dua pasukan merekodkan 95 pertemuan dengan kali terakhir pada 2016 menyaksikan Indonesia menang 3-0 ketika melayani kunjungan Malaysia pada aksi persahabatan antarabangsa.
Sumber-Harian Metro
0 Response to "Pengalaman Mat Yo ditagih berdepan Indonesia"
Post a Comment